Pages

Saturday 28 July 2012

Aku ade couple..kau ade? ;)




Buat semua rakan2, kali ni aku nak share tentang kekasih aku... kekasih yang sangat aku syg,,kekasih aku ni penyayang sifatnya,..betol,x tipu punyalah... 

pure cintalah nk diketegorikan tu.. ape x nye, mase aku susah, minta tolong terus je dr dia, pasti akan dtg bantuan,lambt atau lambat tu, aku redha.. bila aku susah hati plak, ngadu je kt dia,..ape yg best bila ngdu kt dia, terasa tenang je...4 surelah, kekasih kn? 

ish, beruntung betol dpt kekasih mcm ni...dia x pernah sakitkan hati aku,.. aku kalo rindu, bla2 mase je aku bleh contact dia...yg seronoknyer, aku merasa dia tu betol2 dekat dgn hati ini.. ye la, cinta punya pasal kn?

dia sebenarnya x kisah pun kalo aku ni nk ingt kt dia ke x,. tp rugila aku,kalo aku ingt n contact dia, sure mcm2 la yg akn aku dpt. coz kekasih aku ni mcm2 dia ade...

aku hubungi dia x perlukan bil, x kira la material ka, spiritual ka, ermm mmg kekasih sejatilah dia ni..

bile aku rindu kt dia, bace je 'SURAT2' yg dia bg tu, MCM2 nasihat didlmnya,...siap bg example lg tu...semata2 nk aku paham...

sebelum ni, aku pernah jgk frust,.mmg sedih giler la masa tu..cinta bgai nk rak, tiba2 clash gitu jer... tp x sama ngn yg ni..kekasih aku ni ramai yg jatuh cinta dgn dia, so aku pun kenala usaha betol2 bak kata omputih 'what u give is, what u get back'. jd kenela usaha lebih lg..

kekasih aku ni baik sgt2. PERFECT!! TIADA TANDINGAN, TIADA APA YANG KURANG. tu yg kadang2 bila bgn tngh mlm are kul 2-3 pg..aku sure contact dia.. rinduuu...

kekasih aku ni, kaya oo.. MILIONAIRE, BILIONAIRE DAN ENTAH pa 'NAIRE' lg.

semua keperluan hidup aku dia yg support, FREE OF CHARGE!! tp aku x sedap ati gak, msti hargai apa yg dia bg tu.. sebab kalo aku ingt dia, nescaya dia akn tmbah lg bnyak pemberiannya...

dia suh aku blajar sungguh2menuntut ilmu,. kalo bleh,blajar suma ilmu..sebb kekasih aku ni GENIUS,CERDIK, BIJAK, DAN sewaktu dgnnya...dia kata tanpa ilmu setiap Amal yg dilakukn sia2..dia mkin r syg kt aku kalo aku rajin bljar.

dan seperkara lg..sebenarnya, aku lom lg penah jumpa kekasih aku ni.. tp kekasih aku ni janji yg suatu hari nanti mesti jumpa dia., so skrg aku kena siap dgn segala kelengkapan untk bertemu dgn kekasih aku ni,..sbb bila2 masa je, Yg pasti x taw la bla..

dr 'SURAT2' dia yg ade tu, so,aku taw la apa yg dia suka n ape yg dia x suka..jd aku msti la buat bnda yg dia suka tu,. nanti dia pun makin syg la kt aku.. xpe la, berkorbn skrang sbb dia dh jnji, sape2 je owg yg dia syg, dia akn bg hadiah yg special yg x pernah terfikirpun.. hebatkn?? 

KEKASIH, AKU BERJANJI, AKU AKAN MEMPERTAHANKN CINTA SUCI INI,WALAUPUN NYAWA DIGADAI GANTI,.MENGADAIKAN CINTA AGUNG INI, TIDAK AKAN SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA. 

ITULAH KEKASIH KU.. ALLAH SWT... CINTA AGUNGKU...

:)

credit: kak fatin .

IKHLASLAH LILLAHITAALA... =)




AL-KISAHNYA. ....

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.

Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu, sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.

Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....

Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ??

Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu..^^

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

wallahu'alam..^^

p/s:-

Pengajaran dr cerita....

- Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara meluru saje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya

- Belajar lah erti keikhlasan..kata dari sahabat dan kenalanku
keikhlasan itu ibarat semut hitam yg bergerak diatas batu pada waktu malam..

- Kadang2 itulah kehidupan,yang mana, hati kita sentiasa bertanya dan berkata2, jagalah hati kita, sesungguhnya ia adalah ibarat RAJA dalam diri kita, sekiranya baik, baiklah jadinya,sekiranya buruk, buruklah jadinya...-MHI~

"Manusia berkehendak kepada ilmu umpama ia berkehendak kepada roti dan air." -Imam AHmad bin Hanbal~ carilah ilmu, ilmu itu akan menjaga kamu..^^,

credit to kak fatin. :)

Wanita itu Mahal.






perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:
1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.
Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.
. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.





KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN
Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.
Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.



KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang.
Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.
Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."




KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN
Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

maka berdoalah kamu..
"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."
Amin ya rabbal ' alamin.






PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan.
Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.

. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.


TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

. Tanggungjawab sebagai hamba Allah
. Tanggungjawab sebagai isteri
. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang

credit to blog kak fatin.:)

Monday 13 February 2012

50 Soal Jawab Tentang Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadan adalah bulan rahmat, bulan memohon pertolongan dan keampunan dan bulan kerahmatan. Justeru itu perbanyakkanlah ibadat. Bagaimanapun ada di antara kita masih terkeliru tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang wajib ditinggalkan ketika menjalani ibadat tersebut.



Sebelum itu bagi yang dah lupa doa berpuasa, bolehlah lihat di bawah ini


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 



Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.


Di bawah ini ada beberapa persoalan yang sering kali menjadi kemusykilan mengenai ibadat puasa.


1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.

2. Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Yang membezakan puasa kita dengan puasa bangsa Yahudi ialan makan sahur. Seeloknya bangun sejam sebelum masuk waktu imsak. Lagi lewat kita bersahur lebih berkat.

3. Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.

4. Apakah hukumnya seorang suami menjimak isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan dan apakah hukumnya?
Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan haram dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.



5. Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya.
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.



6. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.



7. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.
Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor)

8. Adakah terbatal puasa jika bermimpi jimak dan keluar air mani?
Bermimpi berjimak dan keluar air mani dalam berpuasa tidak membatalkan puasa kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.



9. Adakah muntah tidak membatalkan puasa?
Melakukan dengan sengaja membatalkan puasa. Sekiranya muntah tanpa kerelaannya sendiri dan tidak dapat menahannya, maka tidaklah batal puasa.



10. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.


11. Adakah batal puasa sekiranya terlalu lama mandi dan berkumur?
Mandi berlebihan batal puasa, tetapi memasukkan sedikit air kerana berkumur tidak batal puasanya, kecuali berkumur terlalu dalam secara berlebihan

12. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?
Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

13. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

14. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa? 
Hukumnya makruh. 



15. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa. 



16. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.



17. Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?
Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani. 



18. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.



19. Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya. 
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.



20. Apabila kita berpuasa dibulan ramadhan, dan melakukan onani, apakah kita perlu membayar fidyah/puasa berturut-turut seperti org yang melakukan persetubuhan. atau puasa tadi hanya perlu diganti satu hari sahaja.
Puasa wajib digantikan semula dengan berpuasa sebanyak mana hari yang ditinggalkan tersebut sahaja.



21. Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.



22. Ada satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa makan sahur adalah puasa kita menyerupai puasa orang yahudi, jadi adakah amalan puasa itu sia-sia dan tidak diterima Allah swt.
Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.



23. Adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?
Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.



24. Apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?
Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT

25. Saya mempunyai penyakit 'asma' dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?
Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah tidak terbatal puasanya.
Mengikut pandangan ulama' zaman ini, inhaler tidak membatalkan puasa lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi athma kronik yang memerlukannya setiap saat dan ketika. Keharusan itu bukan bermaksud wajib atau sunat tetapi sebagai rukhsah (kelonggaran) atas keperluan dan dharurat seseorang pesakit yang membolehkan pesakit athma terus berpuasa tanpa berbuka dan menyukarkannya untuk melakukan puasa berterusan di dalam bulan Ramadhan.Walau bagaimanapun seseorang yang jarang diserang athma dan tidak
bergantung dengan inhaler, tiba-tiba athma menyerang ketika berpuasa, mereka juga diberi rukhsah (kelonggaran) dengan alasan sakit untuk berbuka dengan tujuan makan ubat dan sebagainya dan menggantikannya (qadha') di hari yang lain pula.

26. Seseorang yang berpuasa, kentut atau qada hajat didalam air, Adakah batal puasanya?.
Seseorang yang berpuasa, kentut atau qadha' hajat di dalam air puasa tidak batal sekiranya dia meyakini bahawa air tidak memasuki dubur dan qubulnya.



27. Saya di beritahu oleh seorang rakan yang waktu imsak hanya lah sebagai "amaran" yang waktu subuh akan tiba. Dia juga mengatakan yang kita masih boleh makan atau minum sebelum azan subuh bermula walaupun melewati waktu imsak. Dia juga memberitahu bahawa ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini.
Waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu maghrib. Harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi sebaik-baiknya mengambil sikap ihtiyat (cermat) dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu yang lebih awal untuk mengelakkan melampaui batas-batas yang diharuskan dan meragukan.



28. Suami saya langsung tidak mengerjakan solat wajib lima waktu apatah lagi solat sunat. Jauh sekali solat Jumaat. Apakah puasanya diterima?
Puasa adalah puasa, solat adalah solat kedua-duanya wajib disempurnakan secara bersama. Malahan semua Rukun Islam yang terdiri daripada sembahyang, puasa, zakat dan haji dikehendaki ditunaikan semuanya dengan sempurna.Sesiapa meninggalkan salah satunya tanpa uzur ia dianggap meninggalkan Rukun Islam.
Berpandukan pendapat ini orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat tanpa uzur yang munasabah dianggap lemah iman dan dibimbangi keimanannya. Jika ia berpuasa lengkap syarat dan rukunnya puasanya tetap sah sakalipun berdegil dengan solat terpulanglah kepada Allah SWT untuk mempertimbangkannya.



29. Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.



30. Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya? 
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya.



31. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.


32. Apakah rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu?
Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur apabila dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tesebut yang menyebabkan terbatal puasa.



33. Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? perlukah membayar denda dsb?
Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang hari pada bulan puasa kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa.



34. Suami-isteri bercium pada hari berpuasa,adakah puasanya terbatal?
Suami isteri boleh bercium di pipi sahaja dan tidak batal puasa yang kita kerjakan.Tetapi sekiranya memasukkan lidah ke dalam mulut batal puasa yang dikerjakan.



35. Huraian berkenaan puasa dan rawatan pergigian (tampalan,cabutan,scaling dsb)?
Menampal, mencabut dan scaling gigi di siang hari Ramadhan adalah makruh hukumnya, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.



36. Sah atau tidak puasa seorang wanita yang tidak mandi hadas setelah habis haid pada malam sebelumnya?
Sah puasa bagi wanita yang telah kering haid pada malam hari tetapi belum mandi hadas sehingga siang hari Ramadhan.



37. Adakah batal jika kita mengorek hidung/telinga pada siang hari pada bulan ramadhan dengan sengaja?
Batal puasa yang dikerjakan bagi mereka yang megorek hidung atau telinga hingga ke dalam rongga.Tetapi mengorek di tepi hingga tidak sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa.



38. Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.



39. Apakah hukumnya makan pil perancang untuk melewatkan darah haid turun untuk meneruskan puasa di bulan puasa?
Dilarang kepada wanita memakan pil perancang dengan tujuan berkenaan kerana ia akan memberi kemudharatan kepada kesihatan individu tersebut.



40. Saya membuat rawatan Hemodialisis. Adakah batal puasa saya?
Puasa pesakit tidak batal walau pun dia menerima rawatan hemodialisis/cuci darah.



41. Saya ingin tahu, adakah batal puasa jika menelan kahak yang sedia ada didalam tekak?
Kahak yang terdapat di dalam tekak jika tertelan tidak batal tetapi sekiranya kahak itu sudah berada di mulut sekiranya ditelan dengan sengaja maka batal puasa tersebut dan wajib qadha' puasa.



42. Batal kah puasa kita, jika kita memasukkan jari kedalam kemaluan belakang kita dengan niat ingin membersihkan dubur kita setelah membuang air besar?
Sekiranya perkara tersebut dilakukan semata-mata untuk membersihkan najis ia tidaklah membatalkan puasa.



43. Apa hukumnya bila seseorang itu memakai 'tindik lidah' dan ingin menjalani ibadah puasa. Adakah puasanya sah?
Islam adalah agama yang menitik beratkan akhlak dan budi pekerti. Meniru cara hidup atau budaya orang bukan Islam, tidak digalakkan. Justeru itu, panel menasihatkan supaya sesiapa yang memakai subang di lidah, hendaklah dibuka semasa berpuasa.



44. Apakah hukum puasa bagi mereka yang tidur sampai ke petang atau masuk waktu zuhur?
Sah puasa tersebut tetapi dihukumkan makruh.



45. Bagaimana sekiranya sahabat saya dalam keadaan sakit. Atas nasihat doktor, beliau tidak boleh berpuasa seumur hidupnya. Bagaimanakah beliau hendak menggantikan puasanya. Cukupkah dengan sekadar fidyiah. Dan berapakah sukatannya.
Cukup sekadar dia membayar fidyah untuk puasanya sehari bersamaan dengan satu cupak beras(675gram). Jadi, untuk bulan ramadhan, dia dikehendaki membayar 30 cupak beras



46. Adakah sepasang suami isteri dikira sebagai bersetubuh apabila perhubungan tidak sampai ke tahap jimak iaitu zakar dimasukkan ke dalam faraj ketika siang hari pada bulan puasa? Sebagai contoh, perhubungan yang hanya melibatkan pelukan atau ciuman sesama suami isteri.
Perhubungan yang melibatkan pelukan dan ciuman sesama isteri diwaktu siang hari pada bulan ramadhan adalah makruh.



47. Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa in kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut.
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu 'alam.



48. Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal? 
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil
daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.



49. Batalkah puasa iaitu, "Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu".
Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal.?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.


50. Adakah dibolehkan melambatkan berbuka puasa?
Adalah baik sekiranya menyegerakan berbuka puasa dengan air manis dan sebiji kurma sebelum menunaikan solat Magrib.


sumber: cthoney.blogspot

Sunday 12 February 2012

Tips Muhasabah Diri


Setiap dari kita pernah merasa kosong, sedih dan kecewa dengan titik hitam atau kekecewaan masa lampau.
Saat itu mula peringatan, kekesalan dan pengajaran buat diri mendesak untuk kita melakukan perubahan menjadi lebih baik. Persoalannya, bagaiaman kita hendak berubah?
SUKAR, tetapi TIDAK MUSTAHIL. Anna kongsikan tips  di sini :

♥ Carilah tempat yang tanpa gangguan untuk muhasabah, contohnya di  bilik tidur yang sepi, atau di masjid, atau di tempat yang kita agak asing tetapi indah dan menyenangkan.

Bawa alat tulis dan buku khusus muhasabah. Ini penting, agar kelak, beberapa bulan ke depan atau beberapa tahun ke depan jika suatu saat kita ingin mengukur sejauh mana perubahan telah terjadi dalam diri kita, kita dapat melihatnya dari buku itu.

Berdo’a kepada Allah SWT dan mohonkan ampunan-Nya, kemudian mohonlah agar dapat memuhasabah diri sebagai ikhtiar memperbaiki diri.


Renungkan berbagai kekurangan kita dalam beribadah kepada Allah SWT, baik dalam muamalah kepada sesama ataupun berbagai aspek lain dalam hidup kita.

Gunakan pertimbangan ukhrawi saat merenungkan, maksudnya renungkanlah akibat perbuatan kita dari sisi Allah, bukan hanya dari sisi duniawi saja. Catatlah renungan di buku kita itu. Jangan malu menuliskan kekurangan kita.
Format bebas sesuai kesukaan masing-masing. Sebagai contoh, boleh dibagi kertas itu dalam 2 bahagian. Bahagian yang lebar untuk menuliskan hasil muhasabah kita. Bahagian yang kecil nanti untuk menuliskan solusinya.

Setelah merasa cukup menuliskan semua hal yang kita rasa perlu diperbaiki dalam diri kita, barulah tuliskan penyelesaian-penyelesaiannya  di kertas bahagian kanan di buku khusus kita itu.
Buatlah penyelesaian yang riil (terjangkau) yang dapat kita lakukan dalam waktu dekat. Boleh harian atau mingguan. Setiap kita pastilah memiliki penyelesaian-penyelesaian yang berbeza bergantung dengan cara pandang,  pola pikir, dan wawasan kita.

Setelah selesai membuat penyelesaian, bacalah ulang semua yang telah kita tulis tadi. Azzamkan/ teguhkan dalam diri kita bahwa kita akan menjalankan penyelesaian-penyelesaian riil itu.

Perbanyaklah ibadah dan ketaatan pada Allah SWT dengan terus berdo’a agar memperbaiki diri kita dan meneguhkan semua ikhtiar kita dalam menuju redha-Nya.
Mintalah bantuannya ketika kita perlu bantuan diikuti dengan ikhtiar sebagai salah satu syarat terkabulnya do’a kita itu. Ikutilah setiap kesalahan atau perbuatan buruk yang kita perbuat dengan perbuatan baik.
Lakukan terus menerus perbuatan baik yang dicintai Allah SWT sebanyak-banyaknya.



Buktikan hasil kita dalam jangka waktu tertentu. Contonhya dalam jamgka masa 3 hari, atau per minggu, dan per bulan.
Lakukan dengan konsisten dengan terus meningkatkan kualiti  “penyelesaian” yang kita buat. Terus perbaiki yang kurang dalam diri, dengan terus memohon kepada Allah SWT.

Jika gagal, bangkit lagi, gagal, bangkit lagi, dan terus bangkit. jangan sampai kita menyerah karena menyerah bererti lari dari rahmat Allah SWT.

Semoga dengan muhasabah yang baik kita akan menjadi hamba-Nya yang makin mendekat kepada-Nya, mendekat pada syafaat Rasulullah SAW dan pada akhirnya, mendekat pada surga-Nya, baik di dunia maupun di akhirat. Amin.



“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaknya setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hasyr :18)


Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW, bahwa beliau berkata, “Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT”. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

13 Ciri Lelaki yang Layak Dicintai



Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai!
13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
  9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.

“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi) 



Friday 27 January 2012

Satu cerita.....



Hari nie kan.. Anna nak kongsi satu cita nie.. bukan pasai cinta na.. pasal sahabat.. sebelum anna mulakan cita nie.. Anna nak tanya.. sape kat dalam facebook anna nie.. yang tak ada sahabat?? ________________________________________________ 

Siti: Aisha.. Nape siti nampak aisha macam tak suka kawan dengan siti je nie.. Apa masalah Aisha sebenarnya nie.. Cuba cita.." Aisha: Siti.. Dah lama dah Aisha nak luahkan isi hati Aisha kat Siti nie..Tapi, Aisha harap.. Siti tak kecil hati.. 
Siti: insyaALLAH.. 
Aisha:Aisha rasa semakin lama Aisha kawan dengan Siti.. Makin jauh hubungan aisha dengan kawan2 yang lain.. Yer la.. Siti selalu suruh aisha buat itu.. buat ini.. aisha rasa terkongkong la.. tak ada masa la aisha nak sembang dengan kawan2 aisha.. 
Siti: huh? siti kongkong aisha ke? Maaf aisha.. siti tak ada niat pon nak kongkong Aisha. tapi.. Aisha kena faham la.. kita kan kawan.. kenala nasihat menasihati.. tak ke gitu.. 
Aisha: Siti ingat aisha nie budak2 ke yang nak nasihat2 nie.. Siti selalu nasihat aisha.. tapi.. diri siti tu bukan baik sangat.. Siti ingat siti tu malaikat ke yang suka sangat tegur salah2 aisha nie.. Hidup aisha hidup aisha la,, hidup siti hidup siti la.. yang menyebok sangat nie apasal??(tengking) 
Siti: (terkejut) bawa istighfar aisha.. apa yang aisha cakap ni.. ya betul, siti tak cukup baik lagi.. banyak benda yang siti perlu belajar. Tapi siti pun ada hati dan perasaan.. 
Aisha: Perasaan apanya pulak nie siti! (lagi kuat) 
Siti: Perasaan kasih dan sayangnya siti kat aisha.. Aisha tau tak apa yang aisha dah buat. Aisha ada niat nak berCOUPLE.. aisha ingat benda tu halal ke aisha.. Aisha dengar apa yang siti nak cakap nie.. Kita tahun depan akan jadi kakak kepada adik2 kat sekolah. aisha tak malu ke kat adik2 kalau depa tahu aisha nie coupling?? Aisha tak malu ke dengan ALLAH.. SI DIA telefon Aisha tengah2 malam.. buat kata aisha mati waktu tengah cakap "sayang2" dalam telefon.. Aisha ingat mati dalam husnul khatimah ka? Mati apa tu aisha? 

Aisha: la siti nie.. trend zaman sekarang, cuople2 nie biasa la... Aisha couple bukan jumpa pon dengan SI DIA tu.. Aisha kenal dia dalam Facebook aja.. 
Siti: ye la kan aisha.. tak jumpa dia.. Aisha cube la open a mind sikit.. Aisha, kalau aisha dah start cuople sekarang. Aisha nak ke nanti aisha dapat suami yang bekas orang punya cuople.. Aisha nak?? Common la aisha.. kita pelajar sekolah agama la aisha.. tak malu ke dekat orang luar.. dekat ALLAH.. aisha tak malu ke?? Mana perginya malu aisha nie?? Belajar dari sapa nie couple2 nie.?? Aisha: Siti ingat pemikiran aisha nie kolot mcm siti ke? gitau aja siti nie tak ade orang yang nakkan siti.. kan senang.. jangan la ajak orang lain jadi skema macam siti.. 
Siti: biar siti jadi kolot,, jadi skema.. asal tak jadi manusia yang BODOH macam aisha nie.. ___________________________________________________ ~tidak lama kemudian~

Timah: Aisha2, siti aisha.. siti!! 
Aisha: napa pulak ko nie timah, Siti siti.. Pahal ngn dia?? 
Timah: Siti tu.. kemalangan kat depan sekolah.. 
Aisha: hah!!!! Ya ALLAH??!! Dia kat mana sekarang? 
Timah: Dekat depan tu.. 
Aisha: (kalut) ko gi panggil cikgu cepat!!! 
(Aisha pun pergi la dekat Siti.. Berlumuran darah dekat baju putihnya..) 
Aisha: Ya ALLAH.. Siti! Macam mana boleh jadi macam nie?! 
Siti: Aisha, kalau siti kena jumpa dengan Pencipta. Siti mintak maaf banyak2 dekat aisha.. dari hujung rambut sampai hujung kaki.. kirim salam siti kat walid ngn ummi siti k.. jangan lupakan siti, jangan langgar perintah ALLAH ye.. Ingat siti dalam doa aisha.. siti sayang aisha.. ♥♥ dengan hembusan lafaz terakhir, Siti pun pergi menemui illahi.. 

Aisha: Siti!! jangan tinggalkan aisha!! 
(cikgu2 baru aja sampai dan terus bawa pergi ke Hospital yang berdekatan.) 
Doktor keluar sambil menggeleng kepala.. "Siti tidak dapat diselamatkan lagi." 
Ummi siti meraung.. walid siti menundukkan kepala sahaja.. 
Timah: Bawak bersabar ya aisha.. Ajal maut d'tangan tuhan.. Ha.. nie ada surat,, Siti suruh kasikan kat engkau.. Aku pegi dulu ye.. jangan sedih2.. 
Aisha pun buka kertas tu.. 

"Assalamualaikum sahabatku yang aku sayangi.. Entah mimpi apa yang siti mimpi tiba2 aja nak tulis surat dekat aisha. Harap aisha simpan surat ni baik2 walaupun surat ini tak berapa nak cantik. Aisha, Siti sebenarnya nak bagitau sesuatu kat aisha.. harap aisha tak sedih oke.. Siti sebenarnya menghidap penyakit ketumbuhan dalam otak. Harapan tuk siti hidup mungkin tipis. Siti ta boleh fikir banyak2 sangat. Nanti penyakit ni makin merebak. sahabat, kalau ditakdirkan siti akan berjumpa dengan sang pencipta. Siti memohon 1000 keampunan dari hujung rambut sampai hujung kaki. siti banyak buat silap kat aisha. Siti selalu kongkong aisha. tapi, siti nak aisha tau. siti buat macam tu sebab siti sayang kat aisha. siti tak ndak aisha masuk neraka.. Kalau siti tak nasihat aisha.. siti pown kena masuk neraka.. Neraka pedih aisha.. na'uzubillah.. ^^ Kawan.. anggapla surat nie sebagai penawar kerinduan aisha bila siti dah tak ada.. jangan nangis tau kat pusara siti. Siti tak suka tengok orang nangis nie. Selalu ingat siti dalam doa aisha tau! jangan tinggal solat! ingat aisha,ALLAH sentiasa melihat apa yang aisha buat.. 1 lagi siti nak ingatkan.. jangan layan lelaki tau! like my mom say.. lelaki yang sayang kita dia tak akan luahkan perasaan cinta kat kita sebab dia tak ndak kita susah hati. Kalau benar dia mencintai kita, dia akan selalu mendoakan kita. kalau dia betul2 kasih kat kita.. Dia tak akan buat apa yang ALLAH larang.. sebab dia percaya.. Akan janji ALLAH.. bila dia sabar.. ALLAH akan bagi lebih dari apa yang dia mahukan.. ^^ salam sayang dari siti.. selamat tinggal kawanku.. ^^ ♥♥ wassalam..