Pages

Friday 30 December 2011

Kalau Cinta Apa Buktinya?


Bila kita cintakan seseorang, of course hati kita akan tertumpu pada dia. Semua benda kita akan sacrifice untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kita berkorban untuk yang dicintai. Perkara yang kita tidak pernah buat atau tidak kita suka, tiba-tiba kita jadi sanggup, tiba-tiba kita jadi senang. Sebab? sebab kita cinta. Ada cinta di hati yang singgah dan kita tidak kisah untuk melakukan sesuatu. Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kita selalu tersalah mentafsir.

Cepat-cepat Menyahut Pnggilan-Nya

Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kita angkat call rite? nampak je nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kita menjawab takut orang di sana marah then merajuk pulak. SO how about your attitude dengan DIA? Cepat-cepat jugak ke nak pergi solat bila dah dengar azan? Bersungguh-sungguh ke kita menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola? 


Memberikan perhatian dan fokus terhadap kata-kata-Nya

Kalau kita benar-benar cinta kepada-Nya, kita amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada music. Kita lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar mak aih rasa camtakbest je life. Macam kita dengan si dia, kita suka sangat dengar dia cakap sweet sweet dengan kita. I lap you I miss you. Bagi kita itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. Tapi bicara Allah lagi sweet. 


Kita akan berusaha untuk tinggalkan larangan-Nya dan melakukan perintah-Nya even kita rasa benda yang Allah larang tu cambest dan apa yang Allah suruh buat tu camtakbest. Yup, mujahadah memang takbest tapi di akhirnya kita akan rasa best sangat. Macam kita nak hadapi exam SPM, punyalah gila-gila study, gila-gila ni tak tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah sebab dok gila punya study, takbest betul bila masa nak berusaha study, takbest sebab tak dapat nak main game macam orang lain, takbest tak dapat online pesbuk ngan belog hari-hari. Takbest takbest je kan? In the end, masa nak dapat result tu, bila kita dapat result best, surely apa yang takbest masa kita rasa waktu kita penat lelah berusaha, dah pun terbayar.


See? Sama jugak dalam situasi ni. Kita just nak life kita tak ada susah payah, bila dapat ujian takbest bagi pandangan kita terus kita kata macam-macam tanpa kita sedar sebenarnya di penghujungnya ada sesuatu yang best! =)

Sentiasa suka Memandang Ciptaan ALLAH SWT

Kita suka sangat tengok panorama indah. Waterfall yang cantik, lihat awan yang membiru. Seriously, everything yang Allah create dekat alam ni semuanya wonderful. Maka, sangat kasihanlah if kita hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia terleka dengan keindahannya. Dunia diciptakan untuk kita. Yes but what for? Sebab untuk beribadah kepada Dia. 
"Aku menciptakan jin dan manusia,tiada lain hanyalah 
untuk beribadah kepada-Ku.
(Adz-Dzariat: 56)

Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. Actually, semua benda yang kita buat kat atas dunia ni adalah ibadah. Seriously? Yup. Yang penting, sebelum buat sesuatu kita sebut bismillahirrahmanirrahim and niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. Kita kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macam facebook and blog. Tapi jangan pulak nak buat jahat sebut nama Allah. -___- takboleh takboleh




Suka Berdating Dengan ALLAH SWT

Hujung minggu je mesti dating, cuti sem je harus jumpa. Mestilah sebab kiteww rinduuu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab kita cinta. Pakai sehabis baik bila kita nak bertemu dengan orang yang kita sayang. Then, kita pun mesti suka jugak bila nak ‘dating’ dengan Allah. Perbaiki kualiti solat, sentiasa improve kan bacaan dalam solat, I mean fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kita 5 kali sehari oh tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kita, tak lupa nak bagi kita rezeki, tak lupa bagi kita kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kita nyawa habislah. 

Sesiapa berharap pertemuan dengan ALLAH,maka
sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) ALLAH pasti datang.
(al-Ankabut: 5)


Rindu dan ingat kepada-Nya selalu.

iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH.
Ingatlah dengan mengingati ALLAH
hati menjadi tenteram.
(surah ar-Ra'd:28)



Mengingatinya hanya membuatkan kita benar-benar tenang. Benda ni saya dah banyak ulas. 

beware dengan jenis ni, kalau dia benar2 cinta, cinta pada Allah dulu adalah keutamaan Dia



Banyak menyebut nama-NYA.


Alhamdulillah, kejayaan ni pun sebab Allah yang izinkan. Subhanallah, cantiknya pemandangan! Semua benda yang kita buat, tak jemu-jemu kita sebut nama DIA. Seumpama DIA lah yang paling kita cinta. And satu lagi, banyakkan berzikir kepada DIA memuji nama-Nya, asma’ (nama-nama) Allah yang begitu indah sekali.




Bersabar dengan ujian-NYA.


Satu benda yang kita paling senang cakap and susah nak buat. Sabar. Tapi orang yang rasa macam dah give up je.


Mencintai everything yang berkaitan dgn ALLAH.



Jika kita jatuh cinta dengan seseorang, mesti semua benda berkaitan dengan dia kita berusaha untuk suka. Orang kata, bila kita kawen dengan seseorang, bermakna kita kawen jugak dengan family dia. Cuba nak sayang family dia macam family kita, cuba nak suka apa yang dia suka. 
Okay, contohnya kita rindu untuk bertemu Allah. Sentiasa nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. So, rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kita tahu pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 je. Itupun tak tahu dapat ke tak 1 tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu je, solat express. Cintakan masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah. Maka tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana.







Cemburu


Ini bukan cemburu buta. Cemburu yang ni bersifat positif. Bila kita tengok someone tu gigih dalam ibadahnya sentiasa nak perbaiki kualiti imannya, kita akan jadi cemburu. And cemburu tu mendorong kita untuk turut berusaha macam dia jugak. Yang ni lah cemburu yang positif. Bukan cemburu main tarik-tarik rambut.


Berusaha keras meraih redha-NYA.



Kualiti iman. Ukur sejauh mana kita mencintai Dia. Macam mana kita nak tahu kita betul-betul sayangkan Allah? Yelah, kita ni asyik cakap kita sayang Allah, kita cintakan Allah but sejauh mana ukuran cinta kita kepada-Nya eh?


1) Meletakkan cinta Allah di tempat paling atas

Kita tak akan sibuk dengan cinta-cinta yang melalaikan, even couple pun kita tak nak sebab couple ni macam mengganggu hubungan dengan Allah. Yelah, mana lagi masa nak rindukan Allah bila kita nak rindukan si dia lagi, mana kita nak buat solat dhuha bila kita lagi suka morning call dia lagi. Hubungan dengan Allah akan terganggu. Seolah-olah priority kita dekat dia bukan DIA.




3) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti ibadah & iman

Means, solat bukan semata-mata solat. Buat ala kadar je. Solat dengan lalai. Sebab tu Allah kata;



Maka ,celakalah orang yang solat, (iaitu)
orang-orang yang lalai terhadap solatnya.
(al-Maun:4-5)


Orang yang solat pun kena? Why? Sebab fiil (perbuatan) kita je solat tapi hati tak solat. Fiil kita je sujud tapi hati tak sujud. Sebab tu even solat 5 waktu pun lah kan, kalau hati kita tak benar-benar faham akan apa objektifnya, apa meanings dia, tetap jugak buat maksiat. Tetap jugak buat salah. 






Teguran buat diri saya especially yang selalu leka dan alpa. So, kalau korang tanya cinta tu apa kat saya? Yes, i will define this. Kalau cinta, perlukan bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is a verb. Pada DIA bukan pada buayafriend.



Banyak benda yang kita utamakan lebih dari kita utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik kat kita. Banyak benda yang kita buat salah banyak dah dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kita. Keampunan Allah tu lagi luas dari kemurkaan-Nya. Banyak masa untuk kita bertaubat and jangan sampai matahari terbit di sebelah barat baru kita terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis air mata darah pun tak guna.



Heran betul lah, korang rajin baca post panjang-panjang camni, thanks =’) Insyaallah, sedikit input ni akan menjadi panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri.Waallahu'alam.


Bila Disebut Lelaki

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~

(dipetik dari Syabab Musafir Kasih , Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

tolonglah jangan perasan..=P

Peringatan buat diri saya sendiri, terutamanya. =) Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Waallahu'alam. 

Mencari Calon Suami Yang Tiada Di Facebook

                                           Bismillahirrahmanirrahim~
                 In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

                                        Salam to all readers~ =)

Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan belog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. Ada yang berposing maut ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nakal. Bermacam-macam ragam.

Bergaul Bebas Di Alam Maya

 contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar. padahal kat realti tak pernah bertegur.


Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. Kadang-kadang susah jugak nak menjaga kalau di alam maya ni. Di alam realiti kita bersusah payah menjaga pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada je bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah lansung bertegur sapa dalam realiti.


Kalau untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okay contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan yang berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous taw. -,- (after akad)

Muslimin Boleh Melihat Gambar-gambar Muslimat

 sikap suka berkongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul hehe

Kalau ada gambar yang tak private sape2 je boleh tengokkan. Nak nak lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gambar dia sorang. So, now everyone can see it. Nak tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tak cakap takleh lansung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecik-kecik. Bukan apa kita menjaga sebab wanita ni fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok perempuan lain free-free je.

Memberi Sokongan Pada Maksiat

gambar hanya direka untuk tujuan contoh


Saya tak nak lihat muslimin yang bakal saya nikahi (aicehh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen kat bawah gambar tu macam ‘alolo sweetnya korang’ kan.


Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe


Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing. =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah dia beriman. Itu sangat cukup. Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. Biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tak sepatutnya. Bila diserah tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)

""Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya,
keturunannya, kecantikkannya dan agamanya.
Maka pilihlah dalam hal keagamaannya .
Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab macam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. 
Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. 
Sama ke level kita dengan remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak sedar. 
Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang untuk berdakwah. Tak kisah lah di mana-mana pun. Ye, like facebook and blog, these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam tu tapi kita kena pandai manfaatkan.
 Semua ni tak terhad dalam alam maya je, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.

Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tak de facebook? Macam tu lah perumpaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, meletakkan Allah di tempat paling teratas dalam hati-hati mereka.


Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saje. Saya ulang, persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Ape je yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?







Dialog cikgu dan budak darjah 3:

Budak: Cikgu, kenapa org dewasa jahat? Tak suka buat baik? Tak suka agama? Banyak cerita sebut tentang pemimpin tak adil, kisah raja yang zalim, kisah kaum-kaum yang dimurkai Allah, sejak dulu sampailah sekarang. Kenapa macam tu cikgu? Kenapa dorang macam tak suka Islam, tak suka ajaran Allah?

Cikgu: Baik. Saya tanyakan kamu balik. Bila seseorang, mak atau ayah suruh kamu solat, kamu terus buat dengan senang hati ATAU buat dengan rasa terpaksa, berlengah-lengah, malas-malas dan bermacam-macam alasan?

Budak: Kadang-kadang saya buat dengan senang hati, tapi banyaknya yang macam cikgu sebut tadi tu la.

Cikgu: (senyum) Sama juga dengan orang-orang yang kamu sebut tadi, mereka juga berasaskan benda yang sama yakni "Tak suka, malasnya." pada suruhan agama. Iman dan akal sentiasa akan dilawan hebat oleh dua musuh ketat, iaitu NAFSU dan SYAITAN.

Budak: (mengangguk-angguk. entah faham, entah tidak). Cikgu, kan best bila dunia ni semua pemimpinnya adil dan sukakan Islam? Rindu nak ada pemimpin cinta Allah macam Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Cikgu: Cikgu pun. (tersenyum...dalam hati berkata:"banyak lagi yg tidak difahami oleh seorang budak kecil tentang dunia penuh tipuan.")

Monday 26 December 2011

Rahsia Wajah Berseri..^_^

Tipsnya Senang Sahaja .
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal Pun :)

~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .

~ Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya.

Rasulullah Juara Carta Tokoh Berpengaruh Dunia

saya kagum dengan Mahathir..,Nik Aziz mahupun sesapa tokoh2 pejuang yang popular.saya juga mengagumi Hassan Al Banna juga Salahuddin.tetapi tahukah anda.Rasulullah contoh yang maha terbaik yang seringkali diendahkan oleh kita.

kita cuma selawat untuk syafaat tetapi tidak mencintai..benarkah?

pernahkah sekalipun anda menitiskan air mata kerana tlalu merindui Rasulullah..,tersentuh dengan perjuangannya dan para sahabat.?

ramai daripada kita yang mnjadikan lady gaga,artis popular terkini,mahupun pejuang2 elit barat sperti barrack obama,adolf hitler dan sbagainya.

PERSOALAN SAYA DISINI...layakkah mereka anda jadikan idola utama..?

NO.1 DARI 100 TOKOH PALING BERPENGARUH DI DUNIA

Jika disebut sebagai manusia no.1 atas muka bumi ini, siapa lagi kalau bukan nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Hal ini jelas dikemukakan oleh seorang tokoh bukan Islam Michael H. Hart. Michael H. Hart adalah seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku bertajuk The 100 pada tahun 1978. Buku ini kemudiannya diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Rangking of the Most Influential Persons in History oleh Carol Publishing Group pada tahun 1992.

Michael H. Hart telah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh no.1 paling berpengaruh di dunia. Kata beliau, “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam 2 bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.” – Dipetik dari buku Bukti-Bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad.

1. Nabi Muhammad SAW — pendiri Islam, penguasa Arabia
2. Isaac Newton — fisikawan, pencetus teori gravitasi umum, hukum gerak
3. Yesus — pembawa agama Kristen
4. Siddhartha Gautama (Buddha) — pendiri agama Buddha
5. Kong Hu Cu — pendiri agama Kong Hu Cu
6. Santo Paulus — penyebar agama Kristen
7. Ts’ai Lun — penemu kertas
8. Johann Gutenberg — mengembangkan mesin cetak, mencetak Alkitab
9. Christopher Columbus — penjelajah, memimpin orang-orang Eropa ke Amerika
10. Albert Einstein — fisikawan, penemu Teori Relativitas
11. Louis Pasteur — ilmuwan, penemu pasteurisasi
12. Galileo Galilei — astronom, secara akurat mengemukakan Teori Heliosentris
13. Aristoteles — filsuf Yunani yang berpengaruh
14. Euklides — matematikawan, membuktikan tentang geometri
15. Nabi Musa — nabi terbesar Yahudi
16. Charles Robert Darwin — biolog, mendeskripsikan Teori Evolusi
17. Kaisar Qin Shi Huang — Kaisar Tiongkok
18. Augustus Caesar (Kaisar Agustus) — kaisar pertama Romawi
19. Nicolaus Copernicus — astronom, salah satu tokoh Teori Heliosentris
20. Antoine Laurent Lavoisier — bapak kimia modern, filsuf, ekonom
21. Konstantin yang Agung — Kaisar Romawi yang menjadikan agama Kristen sebagai agama resmi negara
22. James Watt — mengembangkan mesin uap
23. Michael Faraday — fisikawan, kimiawan, menemukan induksi elektromagnetik
24. James Clerk Maxwell — fisikawan, penemu spektrum elektromagnetik
25. Martin Luther — pendiri agama Protestan dan aliran Lutheran
26. George Washington — presiden pertama Amerika Serikat
27. Karl Heinrich Marx — bapak komunisme
28. Orville Wright dan Wilbur Wright — penemu pesawat terbang
29. Jengis Khan — penakluk dari bangsa Mongol
30. Adam Smith — ekonom, pelopor kapitalisme
31. Edward de Vere, 17th Earl of Oxford — kemungkinan menulis karya yang berkaitan dengan William Shakespeare
32. John Dalton — kimiawan, fisikawan, penemu teori atom, hukum tekanan parsial (Hukum Dalton)
33. Alexander yang Agung / Iskandar Zulkarnain — penakluk dari Makedonia
34. Kaisar Napoleon Bonaparte — penakluk dari bangsa Perancis
35. Thomas Alva Edison — penemu bola lampu dan fonograf, dll.
36. Antony van Leeuwenhoek — ahli mikroskop, mempelajari kehidupan mikroskopis
37. William Thomas Green Morton — pelopor anestesiologi
38. Guglielmo Marconi — penemu radio
39. Adolf Hitler — penakluk, memimpin Blok Poros dalam Perang Dunia II
40. Plato — filsuf Yunani
41. Oliver Cromwell — politikus Inggris dan pemimpin militer
42. Alexander Graham Bell — salah seorang penemu telepon
43. Alexander Fleming — penemu penisilin, memajukan bakteriologi, imunologi dan kemoterapi
44. John Locke — filsuf dan teolog liberal
45. Ludwig van Beethoven — komponis musik klasik
46. Werner Karl Heisenberg — pencetus Prinsip Ketidakpastian
47. Louis-Jacques-Mandé Daguerre — penemu/pelopor fotografi
48. Simon Bolivar — pahlawan nasional dari Venezuela, Kolombia, Ekuador, Peru, dan Bolivia
49. René Descartes — filsuf rasionalis dan matematikawan
50. Michelangelo Buonarroti — pelukis, pematung, arsitek
51. Paus Urbanus II — penyeru Perang Salib
52. Umar bin al-Khattab — Khalifah Ar-Rasyidin kedua, memperluas Daulah Khilafah Islamiyah
53. Asoka — raja India yang masuk dan mengembangkan agama Buddha
54. Santo Augustinus — teolog Kristen awal
55. William Harvey — penemu sirkulasi darah
56. Ernest Rutherford, 1st Baron Rutherford of Nelson — fisikawan
57. Yohanes Calvin — tokoh Reformasi Gereja, pendiri Calvinisme
58. Gregor Johann Mendel — penemu teori genetika
59. Max Karl Ernst Ludwig Planck — fisikawan, mengemukakan termodinamika
60. Joseph Lister, 1st Baron Lister — pelaku penemuan antiseptik yang secara besar mengurangi kematian akibat pembedahan
61. Nikolaus August Otto — penemu mesin pembakaran 4 tak
62. Francisco Pizarro — penakluk bangsa Spanyol yang menaklukkan Kerajaan Inka di Amerika Selatan
63. Hernando Cortes — penakluk bangsa Spanyol yang menaklukkan Meksiko
64. Thomas Jefferson — presiden ketiga AS
65. Ratu Isabella I — penguasa Spanyol, penyokong Cristopher Colombus
66. Joseph Stalin — tokoh revolusioner dan penguasa Uni Soviet
67. Julius Caesar — penguasa Roma
68. Raja William I sang Penakluk — meletakkan pembangunan Inggris modern
69. Sigmund Freud — pendiri sekolah Freud untuk psikologi, ahli psikoanalisis
70. Edward Jenner — penemu vaksin cacar
71. Wilhelm Conrad Roentgen — penemu sinar X
72. Johann Sebastian Bach — komponis
73. Lao Tzu — pendiri Taoisme
74. Voltaire — penulis dan filsuf
75. Johannes Kepler — astronom penemu Hukum Kepler tentang pergerakan planet
76. Enrico Fermi — salah satu tokoh abad atom, bapak bom atom
77. Leonhard Euler — fisikawan, matematikawan penemu kalkulus diferensial dan integral serta al-Jabar
78. Jean-Jacques Rousseau — filsuf dan pengarang Prancis
79. Niccolò Machiavelli — penulis Sang Pangeran (risalat politik yang berpengaruh)
80. Thomas Robert Malthus — ekonom penulis Esai Prinsip Populasi dalam Pengaruhnya pada Kemajuan Masa Depan pada Masyarakat
81. John Fitzgerald Kennedy — presiden AS yang mendirikan “Program Luar Angkasa Apollo”
82. Gregory Goodwin Pincus — endokrinolog, menemukan pil KB
83. Mani — Nabi Iran abad ke-3, pendiri Manicheanisme
84. Lenin — tokoh revolusioner dan pemimpin Rusia
85. Kaisar Sui Wen — menyatukan Tiongkok, pendiri dinasti Sui
86. Vasco da Gama — navigator, penemu rute pelayaran Eropa ke India
87. Raja Cyrus (Koresy) yang Agung — pendiri kekaisaran Persia
88. Tsar Peter yang Agung — mendekatkan Rusia kepada Eropa
89. Mao Zedong — bapak Maoisme, komunisme Tiongkok
90. Sir Francis Bacon — filsuf, menggambarkan secara induktif metode ilmiah
91. Henry Ford — pembuat mobil model T
92. Meng Tse — filsuf, pendiri sekolah Konfusianisme
93. Zarathustra — pendiri Zoroastrianisme
94. Ratu Elizabeth I — ratu Inggris, memperbaiki Gereja Inggris setelah Ratu Mary
95. Mikhail Sergeyevich Gorbachev — Perdana Menteri Rusia yang mengakhiri Komunisme di Uni Soviet dan Eropa Timur
96. Raja Menes — menyatukan Mesir Atas dan Mesir Bawah
97. Kaisar Charlemagne — Kaisar Romawi Suci
98. Homer — penyair epik
99. Kaisar Justinianus I — kaisar Romawi, menaklukkan kembali kekaisaran Mediterania
100. Mahavira — pendiri Jainism

anda lihat sendiri.nabi junjungan kita juara carta!!

belum lagi termasuk kisah perjuangannya..,pengorbanannya..,adabnya..cara hidupnya..

anda sudah ada contoh yang terbaik..knapa perlu menjadikan tokoh lain idola pertama anda..??

^____________________^


Perjuangan Takkan Berakhir Tanpa Pengorbanan.



ku jadikan senyummu sebagai oase dlm kegersangan jiwaku,
perhatianmu sebagai penentram kegundahan hatiku,
taushiyahmu sebagai semangat baru dlm diriku,
karena aku yakin aku tidak sendiri!
kita adalah satu kawan!!
marilah saling mengingatkan!

__________________________________________________

Laut takkan indah tanpa gelombang,
langit takkan indah tanpa bintang,
bintang takkan bersinar tanpa kegelapan malam,
perjuangan takkan berakhir tanpa pengorbanan..
(Sayyidina Ali RA)

__________________________________________________

Sesungguhnya pera pejuang Da'wah takkan pernah merugi!
Tiap keluh kan jadi mutiara,
air mata kan jadi cahaya,
lelah sebagai penebus dosa,
gugur bernilai Syurga..
aamiin

__________________________________________________

'tuk Ikhwah Filah,
tetaplah Istiqamah di Jalan Da'wah Fisabilillah,
tataplah kondisi Ummah!
kita harus dapat merubah!
runtuhkan budaya jahiliyah,
hidupkan Alqur-an dan Assunnah!
mari eratkan Ukhuwwah!!

__________________________________________________

bangkitlah generasi Rabbani!
tanamkan nilai2 Qur-ani dlm diri!
cerahkan Da'wah Thulabi,
gapai Redha Illahi..

__________________________________________________

Rangkullah Da'wah dgn cinta,
dekaplah dgn perngorbanan,
sirami dgn air mata malan,
hiasi dgn taqwa,
sempurnakan wujudnya dgn akhlaq mulia!
hadirkan dihatimu sebagai pelita..

__________________________________________________

Pejuang Da'wah tak pernah merasa lelah,
tak merasa bosan berkarya,
tak lelah mencari Hidayah,
tak gelisah meski kondisinya sederhana,
baginya, bagaimana agar perjalanan hidup bisa memberikan kontribusi dan karya nyata!

__________________________________________________

Bangkitkan Jihad dlm dirimu Kawan!!
karena Jihad adalah keniscayaan.
jemputlah kematian dg kemuliaan,
sokonglah kemenangan ISLAM!!
runtuhkan hukum jahiliyyah,
tegakkan hukum ISLAM!!
TAKBIR!!!

__________________________________________________

Mujahid takkan pernah mati!
kritiklah aku kalau ada salah!
mari saling menasehatilah,
jgn hanya di belakang marah2,
kalau begitu bererti blm ada Ukhuwwah,
well, stay Istiqamah Fisabilillah ya Ikhwah Fillah!!

__________________________________________________

ketika ISLAM membunuh ISLAM bukanlah prahara,
ketika jam'ah adalah segalanya,
ketika berbeda Harokah seperti berbeda Aqidah,
INILAH saat Da'wah tdk barokah!
isinya hanya Ashobiyah,
HASILNYA pun sampah!
bersatulah semua Harokah!
karena kita ini satu Aqidah,
mari berjuang demi kejayaan Ummah!
mari kita jaga Ukhuwwah!
terciptalah Wahdatul Ummah!!
Allahu akbar!!!

__________________________________________________

jiwamu adalah peluru!
hatimu perisainya!
kaum kuffar pembuat makar,
ayuh kawan jgn hanya diam!!
rapatkan barisan,
satukan kekuatan,
bungkam segala kecongkakan hizbusysysyaitan!!
Allahu akbar!!!

__________________________________________________

mari buktikan keikhlasan dan militansi kita kawan!
karena ia bukanlah sekedar slogan,
tapi ia adalah komitmen yg harus diwujudkan!
salam perlawanan dari perindu garda perjuangan!!

__________________________________________________

"Ya ALLAH Ya Robbana,
sibukkan waktu kami dgn Da'wah dan Jihad.
Ya ALLAH ya Robbana,
berikan juga kpd kami kekuatan untuk memikul amanah Da'wah dan Jihad yg KAU amanahkan!"
aamiin..

__________________________________________________

for ending,
i just want to share,
mari kita luruskan niat!
kuatkan tekad!
bangkitkan Jihad!
Allahu akbar!! Allahu akbar!! Allahu akbar!!!