Pages

Friday 27 January 2012

Satu cerita.....



Hari nie kan.. Anna nak kongsi satu cita nie.. bukan pasai cinta na.. pasal sahabat.. sebelum anna mulakan cita nie.. Anna nak tanya.. sape kat dalam facebook anna nie.. yang tak ada sahabat?? ________________________________________________ 

Siti: Aisha.. Nape siti nampak aisha macam tak suka kawan dengan siti je nie.. Apa masalah Aisha sebenarnya nie.. Cuba cita.." Aisha: Siti.. Dah lama dah Aisha nak luahkan isi hati Aisha kat Siti nie..Tapi, Aisha harap.. Siti tak kecil hati.. 
Siti: insyaALLAH.. 
Aisha:Aisha rasa semakin lama Aisha kawan dengan Siti.. Makin jauh hubungan aisha dengan kawan2 yang lain.. Yer la.. Siti selalu suruh aisha buat itu.. buat ini.. aisha rasa terkongkong la.. tak ada masa la aisha nak sembang dengan kawan2 aisha.. 
Siti: huh? siti kongkong aisha ke? Maaf aisha.. siti tak ada niat pon nak kongkong Aisha. tapi.. Aisha kena faham la.. kita kan kawan.. kenala nasihat menasihati.. tak ke gitu.. 
Aisha: Siti ingat aisha nie budak2 ke yang nak nasihat2 nie.. Siti selalu nasihat aisha.. tapi.. diri siti tu bukan baik sangat.. Siti ingat siti tu malaikat ke yang suka sangat tegur salah2 aisha nie.. Hidup aisha hidup aisha la,, hidup siti hidup siti la.. yang menyebok sangat nie apasal??(tengking) 
Siti: (terkejut) bawa istighfar aisha.. apa yang aisha cakap ni.. ya betul, siti tak cukup baik lagi.. banyak benda yang siti perlu belajar. Tapi siti pun ada hati dan perasaan.. 
Aisha: Perasaan apanya pulak nie siti! (lagi kuat) 
Siti: Perasaan kasih dan sayangnya siti kat aisha.. Aisha tau tak apa yang aisha dah buat. Aisha ada niat nak berCOUPLE.. aisha ingat benda tu halal ke aisha.. Aisha dengar apa yang siti nak cakap nie.. Kita tahun depan akan jadi kakak kepada adik2 kat sekolah. aisha tak malu ke kat adik2 kalau depa tahu aisha nie coupling?? Aisha tak malu ke dengan ALLAH.. SI DIA telefon Aisha tengah2 malam.. buat kata aisha mati waktu tengah cakap "sayang2" dalam telefon.. Aisha ingat mati dalam husnul khatimah ka? Mati apa tu aisha? 

Aisha: la siti nie.. trend zaman sekarang, cuople2 nie biasa la... Aisha couple bukan jumpa pon dengan SI DIA tu.. Aisha kenal dia dalam Facebook aja.. 
Siti: ye la kan aisha.. tak jumpa dia.. Aisha cube la open a mind sikit.. Aisha, kalau aisha dah start cuople sekarang. Aisha nak ke nanti aisha dapat suami yang bekas orang punya cuople.. Aisha nak?? Common la aisha.. kita pelajar sekolah agama la aisha.. tak malu ke dekat orang luar.. dekat ALLAH.. aisha tak malu ke?? Mana perginya malu aisha nie?? Belajar dari sapa nie couple2 nie.?? Aisha: Siti ingat pemikiran aisha nie kolot mcm siti ke? gitau aja siti nie tak ade orang yang nakkan siti.. kan senang.. jangan la ajak orang lain jadi skema macam siti.. 
Siti: biar siti jadi kolot,, jadi skema.. asal tak jadi manusia yang BODOH macam aisha nie.. ___________________________________________________ ~tidak lama kemudian~

Timah: Aisha2, siti aisha.. siti!! 
Aisha: napa pulak ko nie timah, Siti siti.. Pahal ngn dia?? 
Timah: Siti tu.. kemalangan kat depan sekolah.. 
Aisha: hah!!!! Ya ALLAH??!! Dia kat mana sekarang? 
Timah: Dekat depan tu.. 
Aisha: (kalut) ko gi panggil cikgu cepat!!! 
(Aisha pun pergi la dekat Siti.. Berlumuran darah dekat baju putihnya..) 
Aisha: Ya ALLAH.. Siti! Macam mana boleh jadi macam nie?! 
Siti: Aisha, kalau siti kena jumpa dengan Pencipta. Siti mintak maaf banyak2 dekat aisha.. dari hujung rambut sampai hujung kaki.. kirim salam siti kat walid ngn ummi siti k.. jangan lupakan siti, jangan langgar perintah ALLAH ye.. Ingat siti dalam doa aisha.. siti sayang aisha.. ♥♥ dengan hembusan lafaz terakhir, Siti pun pergi menemui illahi.. 

Aisha: Siti!! jangan tinggalkan aisha!! 
(cikgu2 baru aja sampai dan terus bawa pergi ke Hospital yang berdekatan.) 
Doktor keluar sambil menggeleng kepala.. "Siti tidak dapat diselamatkan lagi." 
Ummi siti meraung.. walid siti menundukkan kepala sahaja.. 
Timah: Bawak bersabar ya aisha.. Ajal maut d'tangan tuhan.. Ha.. nie ada surat,, Siti suruh kasikan kat engkau.. Aku pegi dulu ye.. jangan sedih2.. 
Aisha pun buka kertas tu.. 

"Assalamualaikum sahabatku yang aku sayangi.. Entah mimpi apa yang siti mimpi tiba2 aja nak tulis surat dekat aisha. Harap aisha simpan surat ni baik2 walaupun surat ini tak berapa nak cantik. Aisha, Siti sebenarnya nak bagitau sesuatu kat aisha.. harap aisha tak sedih oke.. Siti sebenarnya menghidap penyakit ketumbuhan dalam otak. Harapan tuk siti hidup mungkin tipis. Siti ta boleh fikir banyak2 sangat. Nanti penyakit ni makin merebak. sahabat, kalau ditakdirkan siti akan berjumpa dengan sang pencipta. Siti memohon 1000 keampunan dari hujung rambut sampai hujung kaki. siti banyak buat silap kat aisha. Siti selalu kongkong aisha. tapi, siti nak aisha tau. siti buat macam tu sebab siti sayang kat aisha. siti tak ndak aisha masuk neraka.. Kalau siti tak nasihat aisha.. siti pown kena masuk neraka.. Neraka pedih aisha.. na'uzubillah.. ^^ Kawan.. anggapla surat nie sebagai penawar kerinduan aisha bila siti dah tak ada.. jangan nangis tau kat pusara siti. Siti tak suka tengok orang nangis nie. Selalu ingat siti dalam doa aisha tau! jangan tinggal solat! ingat aisha,ALLAH sentiasa melihat apa yang aisha buat.. 1 lagi siti nak ingatkan.. jangan layan lelaki tau! like my mom say.. lelaki yang sayang kita dia tak akan luahkan perasaan cinta kat kita sebab dia tak ndak kita susah hati. Kalau benar dia mencintai kita, dia akan selalu mendoakan kita. kalau dia betul2 kasih kat kita.. Dia tak akan buat apa yang ALLAH larang.. sebab dia percaya.. Akan janji ALLAH.. bila dia sabar.. ALLAH akan bagi lebih dari apa yang dia mahukan.. ^^ salam sayang dari siti.. selamat tinggal kawanku.. ^^ ♥♥ wassalam..

Thursday 26 January 2012

Pandangan Seorang Lelaki Yang TIADA / KURANG IMAN Kepada Bentuk Tubuh Wanita.


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu WAJIB UNTUK TIDAK MENCURI2 MELIHAT wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wassalam………………….

Wednesday 25 January 2012

Tudung-Tudungan?


*KLIK pada gmbar utk besarkan*

Masyarakat Melayu Islam masa kini..

Konklusinya...pakailah tudung di mana-mana sahaja...
Eh, bukan pakai tudung..tapi tutuplah aurat di mana-mana je...
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya.." (surah an-Nuur: ayat 31)
(Rujuk juga surah an-Nuur ayat 60 dan surah al-Ahzab ayat 59)
Sesungguhnya menutup aurat bukan sekadar bertudung sahaja...

Adakah anda sanggup lagi membuka aurat?

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
 
 
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
 
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
 
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..
 
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
 
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
 
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
 
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
 
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
 
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
 
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan… kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
 
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
 
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
 
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
 
"Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
 
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
 
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
 
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
 
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
 
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
 
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
 
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
 
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
 
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
 
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
 
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
 
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
 
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
 
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
 
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
 
"Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…" tegur saya.
 
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
 
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
 
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
 
wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
 
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
 
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…"
 
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
 
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
 
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. . " itu dah terlambat.
 
wanitasolehah2

SUMBER: Facebook kawan untuk dikongsi bersama.